Pages

Thursday 8 February 2018

PEMBELAJARAN TANPA SUKATAN

Pernah terfikir bagaimana sewaktu zaman sekolah dahulu jika kita tidak diberikan apa apa sukatan pembelajaran atau sebagainya untuk belajar atau menelaah sesuatu bidang ilmu? Contohnya:

1. Tiada sukatan pelajaran yang ditentukan untuk sesuatu bidang ilmu tersebut.
2. Tiada buku yang pernah diterbitkan oleh mana mana penulis untuk bidang ilmu tersebut yang boleh dijadikan rujukan.
3. Tiada nota ringkas untuk memudahkan pembelajaran atau menyimpulkan keseluruhan bidang ilmu tersebut.
4. Tiada langsung guru yang mahir atau berpengalaman dalam bidang ilmu tersebut yang boleh mengajar, mengadakan kelas/ kuliah/ tutor, mengadakan proses pembelajaran dan pengajaran dan boleh dijadikan rujukan.
5. Tiada langsung pelajar atau orang lain yang sama sama ingin belajar atau menelaah bidang ilmu yang sama yang boleh dijadikan rakan perbincangan ilmiah.

Tup tup. Terus kena masuk dewan peperiksaan (kalau bidang ilmu yg ada exam lah). Atau dalam istilah lain, tup tup terus kena guna ilmu dalam bidang tersebut untuk mengaplikasikan dalam kehidupan atau menyelesaikan masalah (kalau bidang ilmu yg takde exam).

Apa yang anda lakukan untuk memperoleh ilmu tersebut? Bagaimana anda akan lakukan untuk dapatkan ilmu tersebut?

Salam Think Tank demi sekelumit cabang ilmu baru.

IMAGINATION IS BOUNDLESS

Muhammad Rafiq Adnan, rafiqadnan69@gmail.com

Tuesday 6 February 2018

MODEL ASAS PENUBUHAN FIRMA HARTANAH - ONE STOP PROPERTY CENTER

Agak lama tidak menulis semenjak dari tahun lepas. Tak silap kalau lihat archive, pada tahun 2017 hanya sempat up satu post sahaja. Kesibukan di akhir tahun 2017 bagi merealisasikan pelan pelan back up dek beberapa pelan yang terpaksa ditamatkan riwayatnya merupakan penyebab kegersangan post di tahun 2017.

Menapakkan perniagaan perniagaan sememangnya bukan perkara kacang. Hanya mereka yang berpengalaman, tabah, berintelek dan tak pernah putus asa sahaja yang terus steady. Oktober 2017 menyaksikan satu pertemuan yang agak serius bersama rakan rakan lama dalam pelbagai bidang yang berkaitan hartanah. Antaranya:

1. Rakan penilai hartanah, V
2. Rakan peguam hartanah
3. Rakan ejen hartanah, E
4. Rakan perunding hartanah, REN
5. Rakan banker
6. Rakan probationer agent & valuer, PEA & PV.
7. Rakan LHDN Melaka.
8. Rakan PDT Alor Gajah, Jasin & Melaka Tengah.

Sebagai seorang yang hanya freelancer, copywriter, marketer dan amateur coder, sememangnya aku berasa sungguh kecil bila dipanggil oleh mereka mereka yg hebat itu untuk melakukan jalinan kerjasama di zaman aku yg ketandusan ini.

Memandangkan majoriti rakan rakan masih bekerja dengan majikan masing masing secara sepenuh masa, beberapa low cost operational model dilihat seakan mudah untuk direalisasikan. Antaranya:

1. Setelah kerja aku di department sedut menyedut bersama programmer dan webmaster berjaya menghasilkan penyedutan data yang berkualiti, kami akan pass ke department call menge call.
2. Sekurangnya seorang well trained telemarketer akan buat kerja call menge call. Setelah persetujuan didapati, telemarketer ini akan pass job kepada department runner.
3. Sekurangnya seorang well trained runner akan buat kerja merempit utk dapatkan sign owner, collect cheque, viewing, submit loan & sebagainya.
4. Ujikaji pertama di jajahan Melaka.
5. Kalau berjaya, kita paste di negeri negeri lain memandangkan penyedutan data sudah mula merebak serata Malaysia.

Ini ialah projek eksperimental untuk menghasilkan sebuah model yang boleh diikuti. Berapa ramai valuer dan estate agent di luar sana yang sudah lama attach dengan firm lain tapi takut takut untuk setup firm sendiri. Takut cashflow tidak boleh cover overhead, takut REN ramai tidur dan takut tak dapat jadi panel bank ialah antara alasan alasan biasa didengari bila ditanya kenapa taknak buka firm sendiri.

Apa apa pun, segala permulaan kita mulakan dengan niat yg betul. Tak perlu takut takut dan risau tak jadi sebab kami pun dah biasa mendapat hikmah dari startup startup yang tak jadi. Satu hari nanti, pasti ada yang menjadi punya. Percayalah!


HASIL 5 HARI DARI DEPARTMENT SEDUT MENYEDUT

Muhammad Rafiq Adnan, rafiqadnan69@gmail.com