Friday, 6 November 2015

TANAH KERAJAAN BERJAYA DI POHON DENGAN HARGA RM500/EKAR DENGAN BERURUSAN SENDIRI TERUS KE PEJABAT TANAH TANPA MELALUI BROKER/AGEN/ORANG TENGAH

1. Kena tahu spot adakah itu kawasan tanah kerajaan atau tanah terbiar yg sudah ada pemilik.
2. Jika spot mengena & sah tanah kerajaan yg dalam zone, teroka dahulu atau mohon dahulu tak jadi masalah. (Boleh cari lokasi di internet seperti di gambar untuk cari spot tanah kerajaan)
3. Mohon terus untuk mendapatkan GERAN/GERAN MUKIM.
4. Jika tak dapat, tak mengapa.
5. Mohon HSD/HSM.
6. Kerajaan suka walaupun HSD/HSM sebab dapat $$$$$ dari cukai tahunan yg dikenakan. Kita pun tak kisah, bayar cukai baru rm20.
7. Lepas 3 tahun, mohon PAJAKAN/PAJAKAN MUKIM.
8. Waktu inilah permainan bermula. Nombor-nombor yg pejabat tanah tawarkan seperti RM500/ekar - RM1000/ekar ini pasti buat kita senyum lebar.
9. Layan terus pertanian 99 tahun.
10. Sambil2 tu, kentalkan hati dengan ilmu ilmu tanah yg ada untuk dapatkan GERAN/GERAN MUKIM.
Next: Saya akan kongsikan di WALL FB SAYA teknik agak "kejam" tapi halal iaitu BAGAIMANA NAK CARI LOKASI TANAH KERAJAAN YANG SUDAH MEMPUNYAI PERTANIAN TIDAK SAH DIATASNYA UNTUK KITA MOHON SAMPAI DAPAT. Ini lagi mudah untuk lulus. Insyallah.
Saya cuma kongsikan. Terpulang kepada tuan2 dan niat tuan2. Industri pertanian untuk bumiputera kalau tengok polisi perundangan, memang bias. Jeles non bumi kalau tahu.
Seperti di gambar:
Lot kuning bernombor ialah tanah yg dah mempunyai pemilik.
Lot kelabu di pinggir lot lot kuning ialah tanah kerajaan.
Di gambar kedua ialah cara nak kaji kecerunan tanah yg nak dipohon adakah berbukit atau tanah rata yg sesuai dengan jenis pertanian yg akan dijalankan.
Sekian & thanks.

Nak semak harga semasa tanah? Klik sini.

RAFIQ ADNAN, SI PERISIK DARI RUMAH

4 comments:

  1. Mcam mne nk tahu tanah yg kosong...?
    mcam mne nk buat sperti gmbat no 2 tu....?

    ReplyDelete
  2. saya berminat nak buka tanah kerajaan nie.. tapi tak ada maklumat

    ReplyDelete
  3. Encik, saya nak minta pendapat, nenek saya punya tanah luas 2.538 hektar. Nak jual dgn anak beranak. Tanah pertanian. Pajakan mukim. Sudah ditanam getah. Saya berminat nak beli, apa lg yg perlu saya tau berkenaan tanh tersebut, dan adakah berbaloi untuk saya beli?

    ReplyDelete
  4. Assalam. En Rafiq Adnan & semua yg membaca.

    Saya adalah generasi ke2 yg tinggal di tanah Rizab KTMB, Kedah. 25 tahun menetap rizab KTMB.

    Status perkampungan lebih tepat BUKAN pertanian. Majoriti berstatus kurang berkemampuan.

    Kami sekampung berhajat memohon geran tanah tetap. Saki baki yg menetap sekarang, kurang drpd 30buah rumah shj lagi. Yg lain sudah terlibat dgn projek pemindahan naiktaraf Keretapi.

    Adakah kami sekampung layak memohon?

    Bagai mana cara mudah untuk kami mohon geran?

    Perlukah kami mohon sokongan YB/Penghulu?

    P/S: Mohon jugak jwpan/pendapat dari semua.

    Terima kasih.

    ReplyDelete