Sunday, 8 November 2015

SENARAI SEMAK PERSEDIAAN RAPI SEBELUM MEMOHON TANAH KERJAAN

Salam malam.
Banyak soalan yg saya terima mengatakan yg tuan tuan semua ingin tahu bagaimana cara memohon tanah kerajaan. Ya, kebanyakan tuan tuan semua berniat ingin mengusahakan aktiviti pertanian diatas tanah yg bakal dipohon.
Walaubagaimanapun, apa saya cadangkan, mulakan dari bawah dahulu tuan tuan. Kenapa tidak kita usahakan tanah terbiar milik orang lain dulu? Ikat agreement 10-15 tahun. Kita mula dengan belajar clear kan semak samun. Dan terus mula bertani di tanah orang lain dahulu.
Dah ada untung lepas 3 tahun hasil di tanah orang, baru besarkan kapasiti untuk bertani di tanah sendiri menggunakan pengalaman yg ada. Time ini baru apply tanah kerajaan. Duit dah betul2 banyak, baru pejabat tanah yakin anda boleh bayar cukai dan premium untuk memiliki tanah. Bila mereka yakin, itu yg senang lulus. Disaat itu, clearkan belukar belantara lah pula kan!
Aktiviti pertama kita di tanah orang lain tadi kita tetap teruskan. Aktiviti di tanah sendiri kita mula. Teruskan proses ini mengikut matlamat masing2 nak ada berapa banyak ladang & nak buat berapa banyak $$$$$.
Percayalah, dengan cara ini, tanpa pembiayaan bank pun, perniagaan pertanian tuan tuan boleh berkembang!
Nota: Salah satu punca permohonan gagal ialah kegagalan membuktikan kepada pihak yg berkuasa bahawa kita banyak $$$$$ dan layak untuk memiliki tanah tersebut.
BACA NOTA DI GAMBAR UNTUK BERMULA MENGUSAHAKAN TANAH TERBIAR
Tuan tuan rasa belajar benda baru? Kongsikan kepada rakan rakan yang lain.

Nak semak harga/nilai pasaran semasa tanah? Klik sini.

RAFIQ ADNAN, SI PERISIK DARI RUMAH

1 comment:

  1. Ingin memohon tanah kerajaan seluas 5 ekar yg jauh dari perumahan..mohon rafiq adnan beri tunjuk ajar atau bantu sy dlm memohon...0176425565

    ReplyDelete