Saturday, 7 November 2015

RAMAI TAK TAHU PENTINGNYA PERGI KE PEJABAT TANAH SEBELUM MEMBAYAR DEPOSIT PEMBELIAN TANAH

Sepanjang berkecimpung dari tahun 2011 dalam dunia tanah tanih ini, antara tempat yg sering saya lawati ialah PEJABAT TANAH.
Kenapa nak pergi pejabat tanah?
Jawapannya tidak lain tidak bukan ialah untuk mendapatkan DATA YANG SAHIH DAN TERKINI.
Bagaimana nak dapatkan DATA YANG SAHIH DAN TERKINI?
Senang sahaja. Cakap sahaja anda nak:
1. Salinan sah atau
2. Carian rasmi hakmilik atau
3. Carian persendirian
Sekurangnya, anda dapat tahu:
1. Betul ke nama penjual betul seperti yg tertera di geran. Hidup atau mati ke. Satu penama atau banyak penama ke.
2. Kategori tanah tersebut bersesuaian atau tidak dengan matlamat projek yg bakal anda usahakan.
3. Sekatan sekatan tanah tersebut yg boleh membuatkan anda layak/tidak layak untuk memiliki tanah tersebut.
4. Tempoh pajakan yg tinggal, gadaian, luas tanah & cukai.
Ada yang tanya saya penting ke tidak buat carian ini???
Jawapan saya: TAK PENTING KALAU ANDA TAK TAKUT KERUGIAN MENDAPAT TANAH BERMASALAH ATAU DEPOSIT ANDA BURN ATAS KES KES TERTENTU.

Nak semak harga/nilai pasaran semasa tanah? Klik sini.

RAFIQ ADNAN, SI PERISIK DARI RUMAH 

1 comment:

  1. Assalamualaikum tuan, terima kasih sbb tulis blog mengenai tanah nie...sye sangat berminat nak mohon tanah pajakan nie..sebab sangat berminat nak buat pertanian ..sangat berminat nak tanam pokok durian dari baka yg ada permintaan tinggi...memandangkan permintaan durian sekarang terlalu tinggi dari luar negara sana...jika tanam sekarang S ye tak kisah utk tunggu 10thn utk dpt hasilnya...itu lah cita2 sye...nak tanya, jika kita org Selangor boleh kah kita apply tanah dari negeri lain?

    ReplyDelete